About Classique Beauty

Share with your friends









Submit

Classique Beauty…. Inspired By Nature…

Rangkaian produk Classique Beauty mula dipasarkan pada 1 Disember 2012. Ia diinspirasi dari bahan-bahan alam semulajadi yang asli dan tiada campuran bahan kimia yang merbahaya. Jenama ini diwujudkan oleh syarikat Rals Dynamic yang telah terlibat dalam bidang runcit produk kecantikan dan kesihatan sejak tahun 2010.

Berhasrat untuk memberikan yang terbaik kepada para pengguna, rangkaian produk Classique Beauty dihasilkan dengan formula terbaik dari berpuluh-puluh formula yang telah dihasilkan dan dicuba. Setiap formula ini dipastikan mengutamakan bahan-bahan asli dan semulajadi, halal dan selamat digunakan.

Setiap produk keluaran Classique Beauty telah dihasilkan dalam kuantiti sedikit bagi setiap pengeluaran dan dipastikan selamat untuk pengguna sebelum dipasarkan. Ini bagi memastikan setiap pengguna mendapat manfaat penuh dari gabungan bahan-bahan semulajadi bagi kecantikan diri di samping tidak berasa ragu-ragu tentang keselamatan produk yang digunakan.

Selain memberikan yang terbaik kepada pengguna, Classique Beauty juga berhasrat menghasilkan lebih banyak produk kecantikan dan kesihatan yang halal, selamat digunakan dan berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.

Buat masa ini, produk-produk Classique Beauty ialah:

  1. Lavandre Skin Care
  2. Collagen Lavender Soap
  3. Rice Milk Soap
  4. Herbal Slimming Soap

Kami juga menyediakan servis Sabun Jenama Sendiri iaitu tempahan pelbagai jenis sabun untuk dijenamakan. Jenis-jenis sabun yang kami sediakan ialah Sabun Pencuci Muka, Sabun Skrub Badan dan Sabun Pelangsingan. Semua sabun ini dibuat secara handmade dengan kawalan kualiti yang ketat.

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan syarikat atau produk, boleh hubungi kami melalui:

WhatsApp: 013-3023882 atau 017-3213870

Email: sales@beclassique.com

Page: Classique Beauty Malaysia

 

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Laman Web Ini!

Disclaimer: Semua maklumat & testimoni dalam laman web ini adalah milik syarikat Rals Dynamic. Tidak dibenarkan menggunakan sebahagian atau keseluruhan maklumat dan testimoni tanpa izin syarikat. Kesan penggunaan produk-produk Classique Beauty adalah berbeza bagi setiap individu.