11 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah

Share with your friends









Submit

Masalah jerawat sememangnya sangat mengganggu dan memalukan. Tidak kiralah jerawat nasi, jerawat batu mahupun jerawat ketika datang haid.

Penggunaan ubat jerawat pula kadang-kadang menimbulkan kesan negatif bagi sesetengah orang. Bagi yang ingin hilangkan jerawat tanpa menggunakan ubat jerawat berkimia, ada cara yang mudah, murah dan berkesan.

1. Jus Lemon

Lemon jus yang bersifat astringen  dan anti bakteria semulajadi sangat bagus untuk membersihkan kulit. Hanya perlu sapukan jus lemon yang diperah terus ke seluruh muka. Biarkan selama 45-60 minit dan bilas.

Yellow lemon and lemon slices isolated

2. Cuka Epal

Cuka epal bukan saja bersifat anti bakteria, malah anti kulat. Titiskan 2-3 titik cuka pada 2 sudu besar air suling dan ratakan campuran tersebut ke seluruh wajah. Biarkan semalaman untuk kesan yang baik. Pastikan anda memilih cuka epal yang tulen.

apple-cider-vinegar

3. Serbuk Penaik (Baking Soda)

Serbuk penaik sangat bagus untuk membersihkan kotoran di wajah, murah dan semulajadi kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya. Ia dapat mengurangkan keradangan dan menghilangkan kulit mati i wajah. Hanya perlu campurkan serbuk penaik dengan sedikit air hingga menjadi seperti pes masker. Sapukan pes ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan selama 1 jam dan bilas. Anda pasti kagum akan hasilnya.

4. Putih Telur

Putih telur juga sangat popular sebagai penyelesai masalah jerawat. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sapukan putih telur ke seluruh wajah. Pastikan guna putih telur saja, ya. Jangan bercampur dengan telur kuning. Biarkan selama sejam dan lihatlah hasilnya Рkulit lebih tegang dan berseri. Jerawat pun akan cepat kering dan mengecut.

egg-yolk-vs-whites

5. Madu Manuka

Madu Manuka dipercaya sejak dahulu lagi dapat menyembuhkan luka dan memberi kesan relaks. Madu manuka diperolehi dari belukar manuka yang hanya terdapat di New Zealand. Hanya perlu sapu madu ini ke kulit berjerawat, biarkan selama 30-45 minit dan bilas.

honey

Lavandre Whitening Cream Kaya Dengan Royal Jelly Yang Baik Untuk Merawat Pelbagai Masalah Kulit & Turut Mencantikkan Kulit Wajah —> KLIK SINI

6. Papaya

Ekstrak papaya banyak digunakan dalam rawatan masalah jerawat. Tapi anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli produk mahal berasaskan buah ini. Hanya perlu lenyekkan buah papaya menjadi seperti pes, sapukan ke seluruh wajah, biarkan selama 30 minit dan bilas. Wajah bukan saja akan menjadi lembab dan berseri, malah jerawat juga akan segera hilang.

Berminat Hendak Menjual Sabun Jenama Sendiri Berasaskan Ekstrak Papaya? —> KLIK SINI

7. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree mempunyai pelbagai kegunaan dan salah satu darinya ialah merawat masalah jerawat. Minyak ini dapat menembusi liang roma yang tersumbat untuk membersihkan kulit dari kotoran dan kulit mati. Untuk menggunakan minyak ini, anda perlu campurkan 1 bahagian minyak dengan enam hingga sembilan bahagian air, mengikut kepekatan yang anda suka. Gunakan kapas muka untuk sapukan campuran ini ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Sapukan pelembab selepas itu. Pastikan anda tidak menggunakan minyak pekat terus ke wajah.

Lavandre Balancing Toner Mengandungi Minyak Tea Tree Yang Sangat Bagus Membersihkan Kotoran Di wajah —> KLIK SINI

8. Tepung Jagung

Jika wajah anda mempunyai kotoran yang meninggalkan kesan merah seperti ruam, tepung jagung paling sesuai untuk kulit sensitif anda. Ianya lembut dan tidak memudaratkan kulit sensitif. Campurkan tepung jagung dengan air sehingga menjadi pes, sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas.

9. Bawang Putih

Bawang putih sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan. Bukan sahaja ianya sebagai agen anti bakteria apabila dimakan, malah sangat berguna apabila digunakan pada kulit. Untuk menggunakannya dalam merawat masalah jerawat, potong nipis seulas bawang. Gosok kepingan bawang ke seluruh wajah sehingga jus bawang putih habis. Biarkan selama 30 minit dan bilas. Anda boleh melihat jerawat mula mengecut dan kering.

10. Kiub Ais

Kiub ais bukan saja dapat merawat masalah radang kulit, malah mengurangkan kemunculan jerawat. Sapukan kiub ais di tempat bermasalah dan liang roma bukan saja akan tertutup, malah bakteria penyebab jerawat juga akan dikeluarkan dari kulit.

beauty-with-ice-cubes

11. Air

Satu penyelesaian yang mudah. Minumlah 10 – 12 gelas air sehari untuk membantu proses pembuangan toksin dari badan. Bukan saja kulit semakin cantik, malah badan lebih sihat dan cergas. Anda juga boleh mendidihkan air dalam periuk dan letakkan sehelai tuala di atas periuk. Dekatkan muka pada wap yang keluar dari air mendidih. Proses ini dapat membuka liang roma dan mengeluarkan kotoran dari kulit.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *