Cara Hilangkan Bekas Parut Dengan Berkesan

Share with your friends









Submit

Masalah parut memang sangat memeningkan. Sama ada parut disebabkan jerawat, demam campak atau cedera, memang sangat memalukan terutama jika ada di bahagian muka. Macam mana nak hilangkan parut dengan berkesan? Apa kata anda cuba tips di bawah ini.

1. Minyak Kelapa Dara

virgin-coconut-oil

Minyak kelapa dara mengandungi rantaian lemak rantaian sederhana yang bertindak sebagai anti oksidan untuk mencegah dan merawat kesan radikal bebas. Minyak ini dapat merangsang pengeluaran kolagen di kulit sambil melembutkan kulit untuk proses penyembuhan.

Panaskan 1 sudu teh minyak kelapa dara menggunakan ketuhar gelombang. Sapukan minyak panas (pastikan tidak terlalu panas) ini pada bekas parut sambil mengurut lembut secara bulatan. Ulang beberapa kali sehari sehingga kesan parut hilang.

2. Aloe Vera

aloe-vera

Aloe vera sangat bagus untuk menjana semula tisu kulit dan membantu memudarkan dan mengurangkan saiz parut. Ia dapat bertindak sebagai pelembab dan merehatkan kulit bagi menjadikan tisu parut lebih anjal dan mengurangkan masalah radang.

Potong daun aloe vera dan keluarkan gel di dalamnya. Sapukan gel pada bekas parut dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit. Biarkan gel kering dan bilas dengan air suam. Lakukan beberapa kali setiap hari sehingga parut mula pudar dan hilang.

3. Vitamin E

AF5R1X Fresh spinach

Vitamin E merupakan satu pilihan yang sangat bagus untuk merawat masalah parut. Ia bersifat antioksidan yang berkesan serta dapat melembab dan menyerikan kulit. Ia juga dapat merangsang pengeluaran kolagen bagi meningkatkan tekstur kulit.

Keluarkan cecair dari kapsul Vitamin E dan sapukan pada bekas parut 2 hingga 3 kali sehari selama beberapa minggu dan lihatlah hasilnya. Anda juga boleh menggunakan krim yang kaya dengan Vitamin E. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti badam, kacang hazel, minyak bunga matahari dan mentega kacang juga bagus untuk merawat masalah parut.

4. Jus Lemon

Yellow lemon and lemon slices isolated

Jus lemon juga sangat bagus dalam merawat masalah parut. Lemon mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang dapat membantu membuang sel kulit mati dan menjana semula sel tisu yang rosak. Ia dapat memudarkan parut di samping membuang kotoran di kulit dengan lebih berkesan.

Sapukan jus lemon pada bekas jerawat dan biarkan ia kering selama 10 minit. Bilas dengan bersih, keringkan dan sapukan pelembab. Lakukan dua kali sehari sehingga mendapat kesan yang anda inginkan.

Jus lemon akan menyebabkan kulit lebih sensitif pada cahaya matahari. Jadi pastikan anda memakai krim penapis suria (sunscreen cream) sebelum keluar.

5. Cuka Epal

apple-cider-vinegar

Satu lagi cara yang efektif ialah menggunakan cuka epal. Ini kerana sifat asid cuka epal dapat membuang sel kulit mati dan seterusnya mengurangkan kesan parut.

Celupkan kapas muka pada cuka epal dan sapukan pada bekas parut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas. Sapukan pelembab dan lakukan rawatan ini beberapa kali sehari sehingga parut hilang.

Untuk parut di wajah, cairkan cuka epal dengan air sebelum disapu pada bekas parut.

Lavandre Whitening Cream kaya dengan Vitamin E, Aloe Vera dan Virgin Coconut Oil yang sangat berkesan memudarkan parut. Dapatkan krim BEBAS BAHAN KIMIA ini sekarang! —> KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *