10 Superfood Untuk Buang Lemak Di Perut

Share with your friends









Submit

Lemak di perut memang satu masalah ramai orang. Ia bukan saja menyebabkan penampilan kurang menarik, malah boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah pengumpulan lemak pada organ hati.

Cara paling berkesan untuk membuang lemak di perut ialah melalui senaman dan penjagaan makanan. Jadi di samping menjaga makanan, anda juga boleh mengambil makanan di bawah untuk mempercepatkan lagi proses membuang lemak di perut.

1. Badam (Almond)

almonds-in-a-bowl-on-wooden-table-max

Badam mengandungi jumlah lemak sihat – lemak politaktepu dan monotaktepu yang mencukupi bagi menghalang anda makan secara berlebihan. Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa memakan badam dapat menahan rasa lapar malah melawan penyakit jantung.

Badam juga tinggi magnesium, kompenen yang penting dalam membina otot. Badan yang mempunyai banyak otot akan membantu anda membakar lebih banyak lemak di perut.

Kandungan serat yang tinggi juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Oleh kerana badam mengandungi kalori yang sedikit, ia tidak menyebabkan pengumpulan lemak di badan. Jadi badam sangat sesuai dijadikan snek harian atau dimasukkan ke dalam salad dan hidangan lain.

2. Tembikai

American Dietetic Association menyenaraikan tembikai sebagai makanan yang bagus untuk mengurangkan lemak di perut. Tembikai mengandungi 91% air. Apabila anda memakannya sebelum waktu makan, ia akan membuatkan anda rasa kenyang dan akan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil. Tembikai kaya dengan vitamin B1, B6 dan C serta kalium dan magnesium. Ia adalah tambahan yang bagus bagi diet rendah kalori dan lemak.

Satu kajian di Universiti Kentucky menunjukkan meminum dua gelas jus tembikai setiap hari selama lapan minggu dapat mengurangkan berat badan terutama lemak di sekitar perut tanpa mengubah jisim otot. Pengambilan tembikai juga dapat merendahkan risiko berkaitan pengumpulan plak koronari arteri dan penyakit jantung.

3. Kekacang

Pengambilan pelbagai jenis kacang setiap hari dapat mengurangkan lemak, membantu pembinaan otot dan meningkatkan proses penghadaman. Kacang juga membantu anda berasa kenyang lebih lama dan ini menghalang anda dari makan secara berlebihan.

Ini kerana kacang merupakan sumber yang baik sebagai serat larut. Serat ini mensasarkan lemak perut dengan memecahkannya dan seterusnya menyingkirkan lemak dari badan. Tambahan pula, protein dalam kacang dapat membekalkan tenaga kepada anda. Kacang sesuai dimasukkan dalam hidangan harian seperti salad, sup atau hidangan sampingan.

4. Saderi

Green smoothie with celery, cucumber, spinach, apple, lemon in glass

Untuk mendapatkan perut yang rata, sayuran hijau seperti saderi adalah pilihan tepat. Saderi sangat rendah kalori, dipenuhi serat, kalsium dan vitamin C yang dapat membantu penurunan berat badan.

Meminum setengah gelas jus saderi sebelum makan tengahari atau malam dapat membersihkan sistem tubuh. Saderi juga sesuai dimasukkan ke dalam salad atau sup. Saderi juga mengandungi apigenin, sebatian semulajadi yang boleh mencegah kanser ovari di kalangan wanita.

5. Timun

Timun adalah makanan yang menyegarkan dan rendah kalori. 100 gram timun mengandungi 96% air dan hanya 45 kalori. Ia juga dipenuhi serat pemakanan, mineral dan vitamin.

Makan sepinggan salad timun adalah cara berkesan untuk membersihkan tubuh dengan mengeluarkan toksin dari badan dan seterusnya menurunkan berat badan. Selain itu, timun juga menjadikan kulit lebih berseri kerana ianya kaya dengan vitamin B dan C.

6. Tomato

better-boy-tomato1

Sebiji tomato bersaiz besar mempunyai hanya 30 kalori. Ia juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai 9-oxo-ODA yang membantu mengurangkan lipid dalam darah dan seterusnya mengawal lemak di perut. Sebatian ini juga dapat melawan penyakit kronik yang berkaitan obesiti.

Antioksidan lycopene yang kuat dalam tomato juga memberi pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan kedutan, melawan kanser dan mengurangkan paras kolestrol. Tomato juga merupakan sumber yang sangat baik bagi zat besi dan kalium serta kaya dengan vitamin A dan C. Jadi masukkan tomato dalam diet harian anda untuk pelbagai manfaat kesihatan di samping membuang lemak di perut.

7. Avokado

Asid amino yang penting dikenali sebagai lesitin dalam avokado dapat membantu menurunkan berat badan. Sebagai sumber lemak monotaktepu dan politaktepu yang baik, avokado membantu membakar lemak di perut dengan mudah.

Kaya dengan serat, avokado mudah mengenyangkan perut dan mengelakkan anda dari terlebih makan. Avokado juga mempunyai ciri-ciri anti penuaan, anti kulat dan anti bakteria yang memberikan banyak manfaat kecantikan dan kesihatan.

8. Epal

Epal kaya dengan serat pemakanan, flavonoid, phytosterol dan beta karotena yang akan membuatkan ana rasa kenyang dan mengelakkan makan secara berlebihan. Satu kajian menunjukkan wanita yang makan 3 hingga 4 biji epal sehari dapat menghilangkan berat badan lebih mudah berbanding mereka yang tidak mengambil epal dan diet harian.

9. Ceri

?????????????????????????????????????????????????????????

Satu kajian yang dijalankan Universiti Michigan menunjukkan bahawa diet yang mengandungi buah ceri merendahkan gejala penyakit jantung dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik boleh meningkatkan risiko lemak di perut serta penyakit jantung dan kencing manis.

Ceri dapat mengurangkan kolestrol dalam badan serta mengurangkan lemak badan secara maksimum. Ceri juga mempunyai ciri anti oksidan yang bermanfaat sebagai anti penuaan.

10. Nanas

Buah tropikal ini mengandungi enzim bromelain yang mempunyai ciri-ciri anti radang. Enzim ini akan membakar protein dengan lebih cepat bagi mendapatkan perut yang rata dan sihat.

Mandi Dan Kurus? Dapatkan Herbal Slimming Soap Segera! —> KLIK SINI

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *