Tips Kekal Langsing Dan Sihat

Share with your friends









Submit

1. Berhenti Makan Apabila Perut Sudah 80% Penuh

advantages-of-eating-healthy-food-2

Ketika makan, berhentilah apabila anda rasa sudah hampir kenyang. Ia akan mengelakkan anda makan terlalu banyak di samping memberi ruang pada perut untuk proses penghadaman yang sempurna. Makan dengan perlahan juga membolehkan anda mengawal pengambilan makanan kerana 20 minit diperlukan untuk signal sampai ke otak untuk menandakan anda sudah kenyang.

Antara habit lain yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan berat ialah:

  • Makan hanya kerana lapar. Bukan kerana bosan, kesunyian atau tertekan.
  • Jangan amalkan makanan yang mudah dipegang dengan 1 tangan.
  • Elakkan snek tengah malam.
  • Selepas makan snek, tunggu sehingga 3 jam untuk makan snek seterusnya atau 5 jam untuk makan makanan berat.
  • Jika anda tertinggal satu hidangan sepatutnya, makan buah-buahan dan sayuran terlebih dahulu untuk mengelakkan anda terlebih makan.
  • Amalkan detoks seminggu sekali.

2. Perhatikan Saiz Hidangan

small-portion-of-fried-rice-in-small-square-dish

Memberi perhatian pada saiz hidangan memberi kesan positif dalam pengawalan berat badan. Untuk mengurangkan saiz hidangan, anda boleh melakukan tips berikut:

  • Kecilkan saiz pinggan, mangkuk dan sudu yang digunakan kerana saiz yang kecil akan menghalang anda mengambil makanan dengan lebih banyak.
  • Hidang minuman dalam gelas yang tinggi tetapi kurus.
  • Jangan makan kerepek dan sebagainya terus dari plastik.
  • Ketika di restoren, minta saiz hidangan yang lebih kecil.

3. Minuman Detoks

homemade-healthy-detox-drinks-for-weight-loss

Mulakan hari anda dengan meminum air suam yang dicampurkan dengan jus dari separuh lemon. Habit ini dapat memperbaiki sistem penghadaman, membuang toksin dalam badan, mengekalkan pH dalam badan dan membantu mengekalkan berat yang sihat.

Satu lagi pilihan ialah mencampurkan 1 hingga 2 sudu teh cuka epal mentah ke dalam segelas air dan minum satu hingga dua kali sehari. Anda juga boleh mencampurkan madu atau pemanis stevia ke dalam minuman ini.

Selain itu anda juga boleh menyediakan smoothies detoks yang sedap tetapi berkhasiat mengikut kesukaan anda.

4. Kekal Aktif

slide08_sunscreen-active-lifestyle

Jangan abaikan aktiviti fizikal kerana ia merupakan satu cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan. Anda tidak semestinya perlu melakukan senaman berat. Cukup sekadar berjalan santai, jogging, berenang, menari, aerobik ataupun berbasikal. Malah aktiviti berkebun juga dapat membakar sehingga 300 kalori.

Senaman juga dapat mengurangkan tekanan dan memperbaiki mood harian selain menjadikan tubuh anda lebih sihat. Anda juga boleh meningkatkan aktiviti fizikal dengan memilih menaiki tangga berbanding lif atau meletakkan kenderaan jauh dari dari tempat dituju.

5. Makan Sarapan Berkhasiat

Healthy breakfast. Bowl of yogurt with granola and berries
Healthy breakfast. Bowl of yogurt with granola and berries

Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak bersarapan mempunyai masalah berat badan berbanding mereka yang mengambil sarapan. Saintis juga percaya bahawa mengambil sarapan dengan protein tinggi ialah kunci untuk kekal langsing kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama dan seterusnya dapat mengawal selera makan. Ia juga dapat mengurangkan pengambilan snek petang yang mengandungi banyak gula dan lemak.

Cubalah sarapan berprotein tinggi seperti:

  • Smoothies berprotein tinggi
  • Telur rebus
  • Keju kotej dan buah-buahan
  • Yogurt Greek
  • Bijirin diperkaya dengan susu

Anda juga boleh mengambil makanan kaya dengan serat seperti oat dan sandwich dengan roti bijirin penuh. Gantikan kopi dengan teh hijau yang mengandungi lebih tinggi antioksidan dan dapat membakar lemak di tubuh.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mengamalkan pemakanan organik dan sumber makanan sihat untuk tubuh yang lebih sihat dan langsing.

Kurus Dengan Herba? Ketahui Caranya Di sini —> KLIK SINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *